Monday 26 December 2011

buah blh mengemukkan ke?



hari ni bru blk dr kmpung...
skrang kat kampung tengah musim buah...
waaa... de dukong, rambutan n manggis... dok melahap je la... adoi.... abis kembung perut... tiba2 terpikir... mkan buah byk2 ni akan mengemukkan ke? kan buah ni  manis...
jd smpai hostel sy pon cari dan dpt la sedikit maklumat... antaranya ialah:

1. Buah mengandungi kadar gula yang disebut fruktosa,yang juga banyak digunakan untuk pemanis minuman ringan dan makanan ringan

2..Kajian yang dilakukan di University of California menemukan bahawa kadar fruktosa tinggi boleh menjadi salah satu punca obesiti atau kegemukan.Dalam kajian yang dilakukan,orang gemuk yang diberikan dos fruktosa yang tinggi lebih cenderung bertambah berat badan di sekitar perut daripada yang diberi glukosa biasa.

3.Dr Samuel Oetoro,SpG.k..ahli gizi klinik FKUI-RSCM,memberikan beberapa contoh buah dengan kadar gula rendah, iaitu : 


-EPAL  (^o^)
-PEAR
-JERUK    (?o?) * mungkin maksud 'jeruk' tu adlh buah yg di keringkan kot...

Manakala buah dengan kadar gula tinggi adalah seperti berikut  : 

-DURIAN (ToT)
-PISANG
-MANGGA (ToT)
-NENAS

-NANGKA (ToT)        *(ToT)=my favorite.... sy suke suke suke makan buah tempatan hehehe

ada lagi ni....

Karut: Pisang ''menggemukkan'' dan tidak boleh dimakan apabila kita mengamalkan makanan rendah kalori.
Fakta: Pisang tidak mengandungi lemak tetapi mempunyai karbohidrat yang tinggi. Sedikit pisang adalah bersamaan dengan satu sajian buah-buahan lain.

Karut: Buah-buahan dan jusnya tidak 'menggemukkan' dan boleh diambil tanpa had sebagai makanan yang dapat menguruskan badan.
Fakta: Walaupun buahan adalah sumber bagi vitamin dan serat, satu sajian buah-buahan atau segelas perahan buah sebanyak 120ml mengandungi karbohidrat yang sama dengan sekeping roti. Oleh itu, seperti roti, buah-buahan juga tidak boleh
diambil terlalu berlebihan ketika mengamalkan makanan berkalori rendah

eeemm sy tertanye2 smade buah dukong, rambutan dan manggis tu termasuk dlm 'blh mengemukkan/ tidak mengemukkan'
harap tak la (~o~) hehehe klu tak nnt ssh lah... rumah sy keliling ngan pokok buah hehehe

No comments:

Post a Comment